Wednesday, December 22, 2010

Aku Dan Sahabat..

Adakah anda mempunyai sahabat? Ramaikah di luar sana yang anda gelarkan mereka ‘sahabat’ bagi anda? Atau ianya hanya sekadar sebutan yang keluar dari mulut anda semata-mata tanpa anda mengetahui siapakah sahabat anda sebenar? Sahabat yang baik pasti akan ada untuk kita di saat tangis serta duka. Sahabat yang baik pasti akan selalu meminjamkan telinganya kepada kita apabila kita memerlukan tempat untuk meluahkan ketidakpuasan hati atau sebaliknya. Sahabat yang baik tidak akan hadir di waktu kita senang sahaja. Sahabat yang baik akan berkongsi kepayahan serta tawa riang kehidupan bersama-sama. Adakah anda mempunyai sahabat? Sahabat aku silih berganti. Sudah menjadi adat manusia bahawa setiap pertemuan itu pasti akan ada perpisahan. Setiap detik yang aku alami bersama mereka tidak akan aku lupakan. Segala saat-saat indah serta duka yang aku tempuhi bersama mereka dari kecil hingga dewasa tidak akan aku biarkan ianya terbang melayang dari fikiran aku. Sahabat yang silih berganti inilah yang telah mengajar aku erti kehidupan sebenar. Mereka mengingatkan aku kembali bahawa hidup ini bukan mudah apabila kita berseorangan. ‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Aku bersyukur kepada tuhan, setiap suka duka yang aku tempuhi dalam ranjau kehidupan selama ini, tidak pernah ada manusia yang aku namakan ‘sahabat’ hilang atau terkikis dari kamus hidup aku ini. Mereka sentiasa ada apabila aku memerlukan mereka, merekalah sahabat sejati. Walaupun ianya belum pasti kekal buat selama-lamanya, aku tetap bertuah kerana kantung menyimpan sahabat aku tidak pernah bocor untuk membiarkan sahabat-sahabat aku mengalir keluar. Setiap yang pergi akan ada pengantinya. Walaupun ianya bukan satu kepastian, tetapi bagi aku, ianya sudah lebih dari mencukupi untuk kita bersama-sama menempuhi  kehidupan yang akan datang. Mereka bukan dikurniakan untuk kita sekadar sampingan sahaja. Mereka umpama berlian yang berada di tengah-tengah berjuta serpihan kaca. Ini tidak bererti sahabat yang lama aku akan lupakan, sahabat lama akan terus hidup, subur serta mekar dalam ingatan aku sepanjang zaman. Sahabat bagi aku amatlah bermakna dan ya, aku mempunyai sahabat. Adakah anda mempunyai sahabat?

Sahabat sejati tidak akan mati dengan pergorbanan yang sia-sia.

Sunday, December 19, 2010

Warkah Buat Si Dia..

Hari ini sudah masuk dua hari aku tak mesej dia. Rasa macam sudah dua minggu, dua bulan, dua tahun pun ada haha. Tapi apa-apa pun aku tau yang dia bahagia dengan hari-hari yang dia lalui. ‘Come on Amar, ok la 2, klu dia bhgia ang pn bhgia, right?’. Haha, aku cuba berfikiran positif, semua perkara akan dapat diselesaikan dengan baik, cuma antara cepat dengan lambat ja. Aku sayangkan hubungan kami ni, mustahil la bagi aku untuk senang-senang putuskan hubungan kami ni. Bukan senang aku nak dapatkan dia, macam-macam dugaan yang telah aku tempuhi, segala ranjau hutan belentara telah aku redah, tanyalah, gua mana yang dekat Malaysia ni aku tak pernah bertapa? (tipu semata-mata, tiada kena-mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia). Sebab perkara kecil pun kami bergaduh, biasalah dalam usia untuk mematangkan perhubungan kami, macam-macam boleh terjadi, ‘sedangkan lidah lagi tergigit’. Biarlah perasaan ego dan marah reda dahulu. Aku tahu yang persengketaan ini tak berpanjangan dan aku harap semua akan pulih seperti sedia kala. Aku mintak maaf banyak-banyak, aku jugak manusia biasa, tak terlepas dari membuat kesilapan. Kadang-kadang aku terpikir, mungkin aku tak layak untuk bersama dia. Mungkin betul cakap dia, aku ni sawan dan poyo, aku terlalu naïf untuk menjaga perasaan sendiri, apatah lagi perasaan orang lain. Tetapi aku buang semua pemikiran negatif itu dan cuba berpikiran positif. Aku tak akan mengalah semudah itu untuk terus memenangi hati dia dan setelah sejauh ini aku telah sampai, aku tidak akan mengalah begitu sahaja. Walaupun dia ingat atau tak kat aku masa, detik, atau saat ini, aku tetap ingatkannya dan selalu ada untuk dia. Aku sayangkan dia dan aku terima dia seadanya. Saya sayangkan anda NUR SYAZWANI BINTI ABDUL RAZAK. :)

Semuanya akan OK :)

Terbang..

Aku mahu terbang bebas seperti burung-burung di luar sana. Burung-burung itu terbang dengan bebas ke sana ke mari. Terbang bebas ke sana ke mari dengan penuh keceriaan tanpa kerisauan. Aku mahu terbang bebas seperti burung-burung di luar sana. Berterbangan sambil berkicauan menyanyikan lagu keriangan. Burung-burung itu tidak pernah berterbangan bersendirian. Walaupun mereka tidak tahu nasib yang akan menjemput mereka nanti, tetapi burung-burung itu masih bebas berterbangan. Alangkah indah dunia kalau kita dapat sama-sama berterbangan bebas seperti burung-burung di luar sana. Aku mahu terbang bebas seperti burung-burung di luar sana. Terbang dengan lemah lembut sambil di tiup angin sayu-sayu dari arah selatan. Mereka meluncur dengan lajunya apabila di tiup angin tanpa kerisauan menyelubungi. Jauh dilubuk hatiku berbisik, alangkah indah dunia kalau aku terbang ke sana ke mari dengan burung-burung itu tanpa sedikit pun kerisauan yang ada. Aku mahu terbang bebas seperti burung-burung di luar sana. Melayang tanpa memikirkan masalah yang masih ada. Akan aku bebaskan segala kerungsingan dan kerumitan yang ada apabila aku terbang bebas di atas sana. Membebaskan diri dari segala hal-hal dunia. Hal-hal yang membuatkan aku ingin terus terbang melayang bebas seperti kalian. Burung-burung, akan aku menyusur kalian untuk terus terbang melayang dengan indahnya di atas sana. Menyusur laju di tiup badai angin yang kelihatan gembira bergadingan bersama. Aku ingin terbang bebas seperti burung-burung di luar sana. Bebas ke mana jua, bersama, bersama-sama, dan meluangkan sisa-sisa masa yang berbaki bersama berterbangan melayang. Andai aku dianugerahkan sepasang kepak, akan aku menyusur kalian bersama melayang di atas sana. Bebas keluar dari dunia manusia yang penuh pancaroba. Menghilangkan segala kerungsingan yang ada. Aku mahu terbang bebas seperti burung-burung di luar sana. Burung-burung itu menyusuri angin dengan gahnya sambil beramah mesra di antara satu sama lain. Akan aku keluar dari dunia aku untuk terbang bersama dengan kalian. Melihat alam fana yang indah ciptaan tuhan ini di atas sana. Jauh terbang melayang ke sana ke mari. Aku mahu terbang bebas seperti burung-burung di luar sana. Andai kata aku dapat terus terbang melayang bebas membelah angin di luar sana, aku tidak lagi kesorangan. Kalian tetap bersama aku terbang di atas sana. Berkicauan serta berdansa dengan penuh kelembutan di luar sana. Seumur hidup aku akan aku menikmati segala sisa-sisa masa serta detik aku bersama kalian. Aku mahu terbang bebas seperti burung-burung di luar sana.

Burung-burung yang gah berdansa di langit biru.

Saturday, December 18, 2010

Hari-hari Aku..

Sabtu dan ahad adalah hari yg mnyeronokkn bwt kebanyakkn org sbb cuti la katakn. Bleh p sonok2, enjoy2, holiday2 dgn family, kwn2 dan lain2.. Tp bg aku ari sabtu dan ahd aku x mmbawa byk mkna pn. Ianya seperti ari2 biasa yg lain yg mna lbh kepada kesunyian dan kebosanan.

Aktiviti aku d Subang ni xbest seperti d tempat2 lain pn, klu ari bkerja, pg bgun p kerja dan ptg blk kerja, mlm aku akn on9 fb, tgk tv, tgk movie kat laptop dan tido (perkara wjib yg lain xpyh la kot nk d hebah2kn). Sjak aku dduk kat sni, bleh d bilang dgn jari ke mna tmpt aku yg dh p, itu pn ats jsa baik kwn2 aku yg brsimpati ats nsib aku kat sni. Aku mntk maaf byk sngt2 kat kwn2 aku klu aku ni slalu mnyusahkn hmpa, aku xbrniat pn nk mmbabitkn dan mnyusahkn hmpa, stiap usaha hmpa akn aku kenang, kdang2 aku xmsg hmpa 2, hmpa jgn la ingt aku lpa kat hmpa plak, aku sbnrnya xmau mnyusahkn hmpa, nti hmpa kta aku nk mmpergunakn hmpa plak, xda niat pn aku nk bwt cm2 kat hmpa, mungkin aku lbh baik duk sorang2 ja kot.. Abg owner rmh ni pn slalu la gak ajk aku kuar, aku excited sngt klu dia ajk aku kuar 2 sbb aku sonok  nk ilang kn kebosanan aku ni, tp smua 2 indah khabar dr rupa ja, slalu xjd pn kuar, aku trasa la gak tp nk bwt cmna, bkn slh dia pn, mungkin slh aku yg duk mngharap sngt, mungkin dia sibuk atau letih, mklumlah bru blk kerja la katakn, aku pn mls la nk ungkit jnji2 dia 2, nti apa plak dia kta, xpa la..

Slalu cuti2 cmni, aktiviti harian aku adalah tgk tv, on9 fb, tgk movie kat lptop, main2 dgn potoshop dan tgk pmandangn kat luar. Aku sonok tgk bdk2 main kat bwh (rmh aku rmh flat, tingkat 5), dpa main mcm2 prmainan, bola sepak la takraw la, kdang2 trpikir gak aku nk join dpa2 ni, tp jiran2 lain nti kta aku gila plak kn, mklum la dpa 2 bdk2 bwh umur haha. Sonokkn jd bdk2, dpa xda byk msalah pn yg nk d pikirkn, hnya keseronokkn ja yg dpa isi dlm idup dpa. Slalu aku tringat blk time2 aku kcik2 dlu bla aku tgk bdk2 kat bwh ni, time aku bdk2 mcm dpa ni, aku pn mcm dpa gak, sonok mmanjang, cuti ja ada la aktiviti yg d isi, kerja skola apa smua lpa nk bwt haha. Msa time kcik2 dlu, aku slalu mrantau (wlaupn dlm taiping ja), mndi sungai, mrendek naik bskl p sna p sni, tngkp ikn kat parit dan mcm2 lg, sonok sngt bla ingt2 blk time kcik2 dlu, tp msa brlalu dgn pntas.. Smua 2 dh jd knangan paling indah dln idup aku yg xdpt aku lpakn hingga akhir hayat aku. Hmpa ska x tgk lngit? Aku ska, bla aku tgk kat langit 2 mcm2 bntuk aku bleh nmpk, sonok woo.. Kdang2 time2 mcm 2 la kta sonok utk berangan bg mngisi kelapangan msa2 kta, dan lbih2 lg msa2 aku ksorangan, tenang ja bla tgk langit 2, dgn awan2 dia yg prlahan bergerak, alangkah bhagia idup klu zaman knk2 aku brgerak prlahan dan selambat awan2 2 brgerak, bleh la aku enjoy puas2 zmn knk2 aku 2, xkn aku sia2 kn pluang 2 klu d beri pluang ke2, tp aku tau 2 smua xkn trjadi, life must go on brader dan aku trima seadanya..

Mungkin hmpa plik kn, knpa la aku bosan2 aku xkuar p jln2, ya hmpa ckp mmng sng, tp ni tmpt org, aku pn xtau jln. Klu kat tpg 2 bleh la, wlaupn xtau jln bleh main bedal ja nk bjln sbb tmpt sndri. KL ni mmng bkn tmpt aku, sesak sna sni, serabut otak aku d bwtnya haha, btl kata ppatah dlu ‘hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, lebih baik negeri sendiri’.. Sungguh, aku mmng xtau nk bjln kat sni sbb aku xta jln, klu hmpa kat tmpt aku msti hmpa tau prasaan aku cmna, time2 aku cuti pn aku mls nk turun p bli mkn, aku mkn megi ja, xpn roti. Tah la, mungkin kebosanan telah mnguasai dri aku ni. Jln aku nk p tmpt praktikal pn kwn aku yg tlg tnjukkn, terima kasih byk2 aku ucpkn kat dpa (acap dan aies), aku rsa org lain msti mlenting klu aku suh tnjukkn jln sbb time 2 dh lewat, dh mlm dh pn, dpa mmng kwn yg baik dan ssuai utk d jadikn mnantu haha.. Kwn2 aku kat tmpt praktikal aku pn slalu glakkn kat aku (pompan, nma d rahsiakn), dpa baik, slalu bwkkn mknan utk aku, dia bwk cucur dan slalu bg kat aku, tp slalu gak aku tolak, bkn sbb mlu tp sbb xmau kcau lunch dpa, bla aku mnolak, dpa plak ckp sesama dpa cmni ‘ko ni, dia tgh tringat mak dia 2 kat rumah’, di selangi dgn ketawa selepas 2.. So what?!! Mmng aku tringat kn mak aku pn, bkn kta time 2 ja, bla2 pn aku akn tringatkn mak aku. Dlm family aku, aku paling rapat dgn mak aku ni la, nk ckp apa pn ckp la, nk kta aku ni ank mak ka apa ka aku xkisah pn, aku mmng ank mak aku pn kn. Mak aku baik dgn aku, wlaupn dia xtnjuk pn kbaikkn yg dia bwt 2 kat aku, tp aku tau smua yg dia dh bwt dan aku hrgai sngt2 apa yg dia dh bwt, aku akn balas jsa baik dia nti, Insyaallah.. Tp apa2 pn trimas la di ucapkn utk kwn2 sepraktikal dgn aku 2 sbb bg aku mknan2 2 (try hmpa bwk nsik plak kn), wlaupn hmpa ni kuat mrepek dan kuat brgosip haha..

Hmm, klu la aku dpt isi msa2 bosan aku ni, aku akn isi dgn sebaik mungkin, byk jadual aku trgendala sbb bosan kesorangn, nk bwt apa pn smua xjd sbb xda mood, slalu jd bnda yg lain plak.. Aku ni trlmpau kesorangn ka? Smpai aku kadang2 trpikir, mcmna la aku mati esk, ada ka org tau yg aku ni dh mati, apa yg dpa kta pas2? Mcmna la keadaan fb aku dan blog aku nti (wlaupn xda yg follow), ada x org post mcm2 kat wall aku? Ada x? Tah la, time 2 nti aku dh xbleh nk tgk dan bca dh.. Aku pnh tgk gak fb dan myspce org2 yg dh mniggal, byk kwn2 dia yg post mcm2 kat wall dpa, byk kenangn2 lalu diungkit kmbali tp smua 2 sia2 ja, org yg dh pergi 2 ttp akn pergi dan dia dh xbleh dh bca msg2 yg hmpa bg 2, dlu xmau plak hmpa slalu post cm2 kat wall dia, bla dia dh xda bru hmpa nk bwt cm2. Tp apa2 pn kta sedekah kn la kat dpa al-Fatihah dan mndoakn mreka smoga roh mreka di tmpt kn di kalangn org yg beriman. Apa2 pn hrgai la mreka yg kta syg semasa hayat mreka dikandung badan, nti dh dpa xda hmpa nk mnyesal pn xgna dh, kta redha ja la apa yg akn jd pasni..

Apa2 pn aku xmnyesal bwt praktikal kat sni, mcm2 ilmu yg aku dpt kat sni, klu aku xpraktikal kat sni mungkin aku xkn dpt ilmu yg aku dh dpt skang ni. Mmng rmai jgk yg heran dan mrh sbb aku pilih brpraktikal kat sni, tp org xtau prasaan aku, dpa tau nk mlenting ja. Klu tmpt2 cmni ada kat taiping 2 dh lma aku bwt praktikal kat taiping ni, ingt aku ska duk kat sni ka ha?! Aku xmau sia2 kn praktikal aku dgn main2 ja, aku nk ilmu yg btl2 bleh tlg aku nti msa next sem.. Lg pn aku cba prfikirn positif, pjam celik pjam celik hbis la praktikal ni nti, Insyaallah.. Hai klu aku mngarut ni xhbis smpai esk ni haha, apa2 pn aku nk truskn idup aku dgn smpurna, wlaupn x sesempurna org lain yg d selubungi dgn kecerian dan aku kesorangn tp aku ttp redha dgn apa yg jd kat aku ni, mungkin kta sonok arini tp kta sedih esk ari, mungkin kta seorang arini tp esk kta beramai2, tah la kn.. Semoga kta lalui ari2 kta smua dgn perkara yg indah dan xdpt kta lpakn.. Adios, salam..

Mendogak ke langit akan membuatkn kita tenang dengan mngingatkan kita betapa indahnya ciptaan tuhan :)

OH! Masa Lalu (part 1.rar)

Kroohhh krohhh krohhh ZZzZzZzZzZzZz (Woi!! Bgun la!!!).. Erk, sory2, trtido plak hehehe.. Hmm, apa aku nk tulis ni (tingtong jap, bru bgun tido), hmmmm ha apa yang hmpa slalu bwt klu bosan2? Haha aku ska mnglamun, bleh la, kdang2 ke oversea gak la aku brangan. Tp dlm syok2 brangan, aku gak ska flash back balik msa2 lalu aku.. Dlu aku ni nkal ya amat, ska lri sna lri sni (msuk olahraga xmng2 pn). Dh skola mnengah pn mcm2 bdk2 lg haha, tp biasa la kn, knk2 riang (kwn2 aku ja, bkn aku). Dlu aku ni bleh la d kategorikan sbgai ‘kaki game’. Slalu la p cc hbis kn duit smata2 main game on9 (ingt2 blk skang mungkin duit yg aku perabis main game 2 smua dh bleh bli sjibik laptop @ lbh). Dlu bleh la nk sonok2 main game on9 ni smua, rmai kaki2. Kwn2 aku ni smua kaki2 game, pas hbis ja time skola smua pkat serbu cc haha. Cc yg pling byk kenangan skli adalah kdai abg bisu (msih berjuang wlaupn bkn lg abg bisu yg mnjaganya), rosenet (dh lma bungkus), boya (sebutan sbnr buaya), cool zone (skang dh xcool mcm nma kdai dia), kdai cc cina aulong (lpa nma kdai, dh lma gak bungkus, owner dan rkn2nya mmng mcm tuuuutttt) dan juga cc partner (bkn kwn kmi, cc 2 mmng nma dia PARTNER!).. Haha time 2 dlm otak aku game game GAME!! Xda bnda lain, jmpa kat skola pn duk bcrita psl game yg dh main smlm, padahal dh basi. Bayangkn, dlm2 msa prcubaan PMR, kmi smua bleh kuar p main game on9 lg, dshyat sungguh penanggan game on9 ni, pas2 kputasn pcubaan 2 hncusss la hahaha. Geng2 yg slalu outing p main game dgn aku adalah pidot petak (kapten), hafizi (naib kapten), ajijoi (kuli 1), lokman (kuli 2), akmal (kuli 3) dan watak2 smpingan yg lain. Klu kuar dgn dpa ni msti best gla, mcm2 dugaan ada, ini smua dugaannyaaa….(STOP IT!!) Ok la, aku smbung la ni,haish.. Aku tringat lg sorang dr watak2 utama ni (nma d rahsia kn), main kat cc partner 2, blagak nk main no time, ha skli duit xckup nk bayar haha, trpaksa la mlutut kat tokey cc 2 kta jnji nk byr esk, pas2 dia bg la potostat ic dia kat tokey 2 sbgai cagaran, esk 2 dia mlu nk p byr, jd dia suh aku p byrkn, tp xckup pn duit yg dia bg 2 hahaha, aku p la kaunter 2 n tgk tokey 2 lekat ic potostat kwn aku ni kat dpn2 komputer dia, so spa2 yg byr 2 msti nmpk mka dia hahaha, pas2 esknya plak kwn aku lg sorang ni yg p tlg hbiskn hutang2 dia, pas2 dia dpt la blk cagarannya itu yg mrupakn seekor potostat ic muahaha. Ada la lg knangan2 semanis gula skilo yg aku xdpt lpakn, dlu p cc naik bskl ja pn, skang bskl smua cmpak kat tpi, dh ada motosikal la ktakn, dlu ingt2 blk snggup perah keringat wlaupn time posa (xkong posa ok), kayuh laa bskl 2, wrong way pn snggup, bwt mka tembok besar cina ja hahaha pduli apa, jnji dpt main game kui3.. Skang ni kaki2 game aku smua dh bwt hal msing2, smua dh blajar rjin2, bgus la, cma ada seekor dua yg msih brgiat aktif lg (KAPTEN! KAPTEN! Dia2!).. Wlaubagaimna pn jahat hmpa baik hmpa, kita2 ja yg tau sbb kta smua 1 kpala, aku xkn lpakn kenangn kta 2 smua, aku rindu weh kenangn kta dlu2, klu la aku ada kuasa, aku pilih super power yg bleh putarkn blk msa.. Aku nk celik ja mta aku, aku ada sma2 dgn hmpa, xnk moto, kta kayuh bskl sma2 mnuju ke cc haha.. Tp apa bleh bwt, msa brlalu dgn cpt, hmpa jgn la lpa kenangn2 kta 2 ok.. Dan utk bdk2 yg bru nk menceburkn dri dlm bidang game on9 ni, aku nasihatkn henti2kn la, x ke mna pn game 2, mbazir ja, baik hmpa p bli mknan lg knyang, dh bsr nti bru hmpa nk mnyesal (ceh nk nasihat org, dlu aku pn sma) :P..Hehe adios, salam..


 
Ha ni la di antara game2 on9 kegilaan aku dan rakan2 :)

Sunday, December 12, 2010

Seventeen - Untuk Mencintaimu


Apa yang harus aku lakukan
Untuk membuat kau mencintaiku
Segala upaya tlah kulakukan untukmu

Apa yang harus aku tunjukkan
Untuk membuat kau menyayangiku
Inilah aku yang memilih kau untukku

Karna aku mencintaimu
Dan hatiku hanya untukmu
Tak akan menyerah
Dan takkan berhenti mencintaimu

Ku berjuang dalam hidupku
Untuk slalu memilikimu
Seumur hidupku, setulus hatiku
Hanya untukmu

Seumur hidupku, setulus hatiku
Ooohhhh

143

Saturday, December 11, 2010

OH! Praktikal (part 1.rar)

Owh praktikal, knapa la ang wujud, hidup ni bgai xkena apabila ang muncul, oh praktikal…ang tau x, aku bosan duk sni! Ari2 duk tperuk dlm rmh sbb xtau jln nk p mna2, ang tau x?! Jln kat sni dh la berbelit2, tersimpul hbis otak aku nk ingt blk jln, skit lg nk kna langgar oleh beberapa kenderaan ktika aku pth blk msa kat ats faderal ari2 msa 1st time aku nk p praktikal (wah,saspen x?).. Booooooooosaaaaannnn!! Nsib baik la ada gak beberapa buah kawan aku yg amat prihatin kat aku, dpa bwk la gak la aku pusing2 ni wlaupn aku xtau nk p mna haha.. Thx kpd mreka yg tlah mnjayakn ari aku yg brtjuk ‘Mari Menculik Saya, Saya Bosan’..Tp klu dpa bwk aku p mna2 pn msti aku mcm xminat ja nk memborong haha, culture shock kot haha, tp don’t worry, msih byk lg msa utk aku membosankn dri d KL ni haaaaaaa..Kja plak kat PJ, kja aku bleh d ktakn tiap2 ari sma ja, duk dpn PC pas2 bwt flash, agk membosan gak la..tp k la, kja xpnt mcm pkja2 buruh dan pladang2 yg sedang membanting tulang demi keluarga d luar sna 2 hehe elaun pn dpt hehe, jgn jeles ya syg, nti tukr laa tmpt LI 2 okek <3..aku plak dduk kat subang perdana (btl kot nma tmpt ni cmni), haaaa bosannn.. Ari2 tgk kpl trbang duk ulang alik ats kpala ja la sbb rmh ni dkt dgn airport subang, mai la lpak airport subang kwn2, ada aeroplane lg 2 haha..haaaa apa2 pn idop prlu d truskn, so aku trima ja la seadanya, pjam celik pjam celik hbis la LI 2 nti, jgn pjam celik pjam celik pas2 xcelik2 dh la naaa, xbsedia lg :) tp ajal maut d tgn tuhn,trima ja..nti klu LI ni ada bwt hal dgn aku lg aku post la kat sni lg ek,HohoHOHohoHOhoHOo..


Ha, bnda alah ni la yg duk ulang alik ats kpala aku ari2, cute x?