Sunday, December 19, 2010

Warkah Buat Si Dia..

Hari ini sudah masuk dua hari aku tak mesej dia. Rasa macam sudah dua minggu, dua bulan, dua tahun pun ada haha. Tapi apa-apa pun aku tau yang dia bahagia dengan hari-hari yang dia lalui. ‘Come on Amar, ok la 2, klu dia bhgia ang pn bhgia, right?’. Haha, aku cuba berfikiran positif, semua perkara akan dapat diselesaikan dengan baik, cuma antara cepat dengan lambat ja. Aku sayangkan hubungan kami ni, mustahil la bagi aku untuk senang-senang putuskan hubungan kami ni. Bukan senang aku nak dapatkan dia, macam-macam dugaan yang telah aku tempuhi, segala ranjau hutan belentara telah aku redah, tanyalah, gua mana yang dekat Malaysia ni aku tak pernah bertapa? (tipu semata-mata, tiada kena-mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia). Sebab perkara kecil pun kami bergaduh, biasalah dalam usia untuk mematangkan perhubungan kami, macam-macam boleh terjadi, ‘sedangkan lidah lagi tergigit’. Biarlah perasaan ego dan marah reda dahulu. Aku tahu yang persengketaan ini tak berpanjangan dan aku harap semua akan pulih seperti sedia kala. Aku mintak maaf banyak-banyak, aku jugak manusia biasa, tak terlepas dari membuat kesilapan. Kadang-kadang aku terpikir, mungkin aku tak layak untuk bersama dia. Mungkin betul cakap dia, aku ni sawan dan poyo, aku terlalu naïf untuk menjaga perasaan sendiri, apatah lagi perasaan orang lain. Tetapi aku buang semua pemikiran negatif itu dan cuba berpikiran positif. Aku tak akan mengalah semudah itu untuk terus memenangi hati dia dan setelah sejauh ini aku telah sampai, aku tidak akan mengalah begitu sahaja. Walaupun dia ingat atau tak kat aku masa, detik, atau saat ini, aku tetap ingatkannya dan selalu ada untuk dia. Aku sayangkan dia dan aku terima dia seadanya. Saya sayangkan anda NUR SYAZWANI BINTI ABDUL RAZAK. :)

Semuanya akan OK :)

3 comments:

pikah said...

xnk gadoh2...ehe....dia rindukn ang..dia ckp..:P

The_Amar said...

Dh ok dh, aku pn miss2 dia la huhu ~(^.^)~

choki2 said...

ehem2 sejak bila ni ish3 ... nape ak xprnh taw ni ...