Sunday, December 19, 2010

Terbang..

Aku mahu terbang bebas seperti burung-burung di luar sana. Burung-burung itu terbang dengan bebas ke sana ke mari. Terbang bebas ke sana ke mari dengan penuh keceriaan tanpa kerisauan. Aku mahu terbang bebas seperti burung-burung di luar sana. Berterbangan sambil berkicauan menyanyikan lagu keriangan. Burung-burung itu tidak pernah berterbangan bersendirian. Walaupun mereka tidak tahu nasib yang akan menjemput mereka nanti, tetapi burung-burung itu masih bebas berterbangan. Alangkah indah dunia kalau kita dapat sama-sama berterbangan bebas seperti burung-burung di luar sana. Aku mahu terbang bebas seperti burung-burung di luar sana. Terbang dengan lemah lembut sambil di tiup angin sayu-sayu dari arah selatan. Mereka meluncur dengan lajunya apabila di tiup angin tanpa kerisauan menyelubungi. Jauh dilubuk hatiku berbisik, alangkah indah dunia kalau aku terbang ke sana ke mari dengan burung-burung itu tanpa sedikit pun kerisauan yang ada. Aku mahu terbang bebas seperti burung-burung di luar sana. Melayang tanpa memikirkan masalah yang masih ada. Akan aku bebaskan segala kerungsingan dan kerumitan yang ada apabila aku terbang bebas di atas sana. Membebaskan diri dari segala hal-hal dunia. Hal-hal yang membuatkan aku ingin terus terbang melayang bebas seperti kalian. Burung-burung, akan aku menyusur kalian untuk terus terbang melayang dengan indahnya di atas sana. Menyusur laju di tiup badai angin yang kelihatan gembira bergadingan bersama. Aku ingin terbang bebas seperti burung-burung di luar sana. Bebas ke mana jua, bersama, bersama-sama, dan meluangkan sisa-sisa masa yang berbaki bersama berterbangan melayang. Andai aku dianugerahkan sepasang kepak, akan aku menyusur kalian bersama melayang di atas sana. Bebas keluar dari dunia manusia yang penuh pancaroba. Menghilangkan segala kerungsingan yang ada. Aku mahu terbang bebas seperti burung-burung di luar sana. Burung-burung itu menyusuri angin dengan gahnya sambil beramah mesra di antara satu sama lain. Akan aku keluar dari dunia aku untuk terbang bersama dengan kalian. Melihat alam fana yang indah ciptaan tuhan ini di atas sana. Jauh terbang melayang ke sana ke mari. Aku mahu terbang bebas seperti burung-burung di luar sana. Andai kata aku dapat terus terbang melayang bebas membelah angin di luar sana, aku tidak lagi kesorangan. Kalian tetap bersama aku terbang di atas sana. Berkicauan serta berdansa dengan penuh kelembutan di luar sana. Seumur hidup aku akan aku menikmati segala sisa-sisa masa serta detik aku bersama kalian. Aku mahu terbang bebas seperti burung-burung di luar sana.

Burung-burung yang gah berdansa di langit biru.

No comments: