Wednesday, December 22, 2010

Aku Dan Sahabat..

Adakah anda mempunyai sahabat? Ramaikah di luar sana yang anda gelarkan mereka ‘sahabat’ bagi anda? Atau ianya hanya sekadar sebutan yang keluar dari mulut anda semata-mata tanpa anda mengetahui siapakah sahabat anda sebenar? Sahabat yang baik pasti akan ada untuk kita di saat tangis serta duka. Sahabat yang baik pasti akan selalu meminjamkan telinganya kepada kita apabila kita memerlukan tempat untuk meluahkan ketidakpuasan hati atau sebaliknya. Sahabat yang baik tidak akan hadir di waktu kita senang sahaja. Sahabat yang baik akan berkongsi kepayahan serta tawa riang kehidupan bersama-sama. Adakah anda mempunyai sahabat? Sahabat aku silih berganti. Sudah menjadi adat manusia bahawa setiap pertemuan itu pasti akan ada perpisahan. Setiap detik yang aku alami bersama mereka tidak akan aku lupakan. Segala saat-saat indah serta duka yang aku tempuhi bersama mereka dari kecil hingga dewasa tidak akan aku biarkan ianya terbang melayang dari fikiran aku. Sahabat yang silih berganti inilah yang telah mengajar aku erti kehidupan sebenar. Mereka mengingatkan aku kembali bahawa hidup ini bukan mudah apabila kita berseorangan. ‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Aku bersyukur kepada tuhan, setiap suka duka yang aku tempuhi dalam ranjau kehidupan selama ini, tidak pernah ada manusia yang aku namakan ‘sahabat’ hilang atau terkikis dari kamus hidup aku ini. Mereka sentiasa ada apabila aku memerlukan mereka, merekalah sahabat sejati. Walaupun ianya belum pasti kekal buat selama-lamanya, aku tetap bertuah kerana kantung menyimpan sahabat aku tidak pernah bocor untuk membiarkan sahabat-sahabat aku mengalir keluar. Setiap yang pergi akan ada pengantinya. Walaupun ianya bukan satu kepastian, tetapi bagi aku, ianya sudah lebih dari mencukupi untuk kita bersama-sama menempuhi  kehidupan yang akan datang. Mereka bukan dikurniakan untuk kita sekadar sampingan sahaja. Mereka umpama berlian yang berada di tengah-tengah berjuta serpihan kaca. Ini tidak bererti sahabat yang lama aku akan lupakan, sahabat lama akan terus hidup, subur serta mekar dalam ingatan aku sepanjang zaman. Sahabat bagi aku amatlah bermakna dan ya, aku mempunyai sahabat. Adakah anda mempunyai sahabat?

Sahabat sejati tidak akan mati dengan pergorbanan yang sia-sia.

4 comments:

pikah said...

walawes.....sejak bila ang rety berpuitis...aha....bgus2...sahabat is one of da most important persn in our life....

hehehe......:)

muH-d Azly said...

bapak pjgnya!! gila tol larh..btw follow me back oke!

The_Amar said...

Pikah: besa la, Suara Ku Berharap~ haha

Azly: pndek lg 2 haha, orite..

Pia said...

amar saya tidak akan menikam belakang anda la..

saya hanya membaca..
:)